Monday, December 13, 2010

BAGAIMANA ORANG MENYUKAI KITA?

Terdapat 10cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anada terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi diri seseorang. Hafal dan sebutlah berulang kali.

2. Jadilah orang yang "disenangi" supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadilah diri anda seperti sepasang kasut lama atau songkok lama yang amat selesa dan mesti dibawa bersama-sama ke mana saja.

3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anada yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berikan pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

4. Jangan menjadi egoistik, Elakkan diri terlalu banyak memberikan pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.

5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda1

6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok yang mungkin anda tidak sedari. Rujuk kaunselor yang boleh memberikan panduan untuk mempapmerkan peribadi yang lebih baik dari masa ke semasa.

7. Tawarkan pertolongan dan bantuan kepada seseorang terlebih dahulu sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan kepada seseorang. Jadilah seseorang yang diperlukan, diharapkan dan amat berguna

8. Praktikkan sifat sukakan orang, dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai salah satu sifat semulajadi anda dan amalan anda! dalami ilmu kemahiran dan kemanusiaan anda.

9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalan seseorang. Kongsikan perasaan bersamanya.

10. Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan naluri yang mementingkan perhatian dari seseorang, Penghargaan, sanjungan dan penghormatanVIP, Keprihatinan dan kasih sayang. Penuhi kehendak dan keperluan ini dengan penuh keikhlasan, rasa bertanggungjawab, dan kerelaan. Insya Allah anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUSAI! SELAMAT MENCUBA RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA!

Tuesday, November 16, 2010

21 Tips untuk kekal Positif

1. bergaul dengan mereka yang positif, Like attract Likes. Aura positif mereka menyebar dan anda berasa kesannya.

2.Kurangkan membaca suratkhabar atau menonton berita di TV kerana kebanyakan yang dilaporkan berbentuk yang negatif dan meningkatkan perasaan negatif

3. bangun tidur awal- Pagi lebih segar, suasana lebih sunyi, tumpuan lebih baik dan lebih banyak urusan dapat disiapkan.
4. Bersenam dan menggunakan mesin elife setiap hari menjadikan badan sihat dan minda cerdas dan emosi yang lebih stabil
5. Afirmasi di hadapan cermin-lakukan setiap hari ketika bersiap-siap selepas mandi
6. ucapkan salam dan selamat kepada seramai orang yang boleh
7. Senyum selalu
8. tarik nafas dalam-dalam kerana ia dapat membantu membekalkan oksigen ke otak
9. Dengar program audio(CD atau kaset) yang positif atau baca buku atau ungkapan yang positif
10. Terima kenyataan bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
11. Akui tidaka siapa yang sempurna.
12. Minum segelas air
13. Mandi atau mengambil air sembahyang
14. Tidur sebentar untuk 10 atau ke 20 minit-Rehatkan minda, kadangkala kita perlu memperlahankan gerak dan ia membantu tugas yang kita laksanakan selepas itu lebih efektif dan lebih berkualiti.
15. Ketawa dengan menonton filem komedi atau membaca bahan-bahan komedi.
16.Maafkan semua orang yang biasanya dilakuakan sebelum tidur.
17. Jika anda berasa negatif cuba tanyakan pada diri sendir satu soalan ini" Adakah ia memberikan kebaikan?"
18. Berjalan-jalan di taman, dampingi alam semulajadi.
19. Cipta sesuatu seperti melukis, membuat kek, menulis buku atau mengubah lagu.
20. tawarkan diri sebagai sukarelawan.
21. Baca matlamat yang anda tulis setiap hari agar anda sentiasa mengingati matlamat anda.

Tuesday, July 27, 2010

PEMIMPIN

Di antara tugas seorang pemimpin adalah mengubah sikap dan tingkahlaku orang-orang bawahannya. Terdapat beberapa cadangan untuk melalkukannya:

Prinsip 1: Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas

Prinsip 2: Dengan memberikan perhatian dengan secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang

Prinsip 3:Utarakan kesalahan anda sendiri dahulu sebelum mengkritik orang lain

Prinsip 4: Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberikan perintah secara langsung

Prinsip 5: Menyelamatkan maruah dan diri orang lain

Prinsip 6: Berikan pujian terhadap sedikit kemajuan dan setiap kemajuan.Ikhlaslah dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memeberikan pujian.

Prinsip 7 : Berikan seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya.

Prinsip 8: Berikan galakan. jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah diperbaiki.

Prinsip 9: Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

Friday, July 23, 2010

KAWAN

BAGAIMANA MEYAKINKAN SESEORANG MENGIKUT KEMAHUAN ANDA

Prinsip 1:
Satu-satunya cara untuk mendapatkan yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan mengelakkannya

Prinsip 2:
Hargailah pendapat orang lain, Jangan sesekali-kali berkata," Anda Silap"

Prinsip 3:
Jika anda bermasalah akuilah dengan segera dan ikhlas

Prinsip 4:
Mulailah dengan cara yang mesra

Prinsip 5:
Ajaklah orang lain agar segera berkata " Ya", " Ya" sekarang juga

Prinsip 6:
Biarkanlah orang lain banyak bercakap

Prinsip 7:
Biarkan seseorang itu berasa bahawa idea itu adalah ideanya

Prinsip 8:
Cubalah berlaku ikhlas dalam melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain

Prinsip 9:
Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain

Prinsip 10:
Pilihlah pendekatan yang paling mulia

Prinsip 11:
Huraikan idea anda itu secara lakonan

Prinsip 12:
Berikan cabaran pada seseorang

Wednesday, April 7, 2010

Intensif Mentor Kekayaan & kejayaan( Dr Azizan Osman)





  • Siapakah Dia Wanita Ini?

Usahawan Cemerlang

AMALAN MURAH REZEKI
1. Bangun awal dan mulakan perniagaan pada awal pagi (6.30 Pagi)
2. Sentiasa beristigfar
3. Banyakkan solat Dhuha, Tahajjud, hajat dan taubat dan lain-lain
4. Memelihara hubungan baik sesama manusia
5. Sentiasa bersyukur
6. Membantu orang susah
7. Memberi makan binatang dan tidak menganiaya
8. Membayar zakat
9. Membaca Ayat Al Quran Contoh Al Waqiah
10. Banyak menyebut nama tuhan : Ya Razzak
11. Sentiasa bersedekah
12. Membaca surah Al Ikhlas ketika masuk ke rumah
13. Sentiasa berdoa
a) Adab-adab berdoa:

  • Memilih waktu yang afdal ketika solat lima waktu, ketika sujud, waktu antara azan dan iqamat, bulan ramadhan, hari jumaat, sepertiga malam, hari Arafah dan lain-la
  • Menghadap kiblat
  • Berdoa dalam keadaan berwuduk
  • Melemahkan suara (antara nyaring dan sembunyi)
  • Bersungguh-sungguh dan berulang-ulang
  • Berdoa dengan merendahkan diri dan khusyuk
  • Memulakan doa dengan memuji tuhan dan bersolawat
  • Menangislah kerana tangisan menunjukkan kesungguhan
  • Mengelakkan makanan, pakaian dan harta yang haram. Berdoa dan memiliki harta yang haram, tiada manafaat kerana doa akan ditolak
  • Menghayati doa dan memahami doa dengan sebaiknya

Usahawan perlu mempraktikkan amalan-amalan tersebut dengan ikhlas dan mengharapkan kurniaan tuhan . Setiap amalan perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan perancangan yang berkesan.

Thursday, April 1, 2010

Bermula dari Zero.....


Tingkatkan motivasi diri, Kekal berdoa supaya dari takut jadi berani, dari susah mempercayai menjadi sangat percaya pada qada' dan qadar Allah. Adalah lebih baik buat sesuatu perkara secara perlahan dan istiqamah berbanding langsung tidak berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan untuk menggapai sesuatu kejayaan.
AlLah Maha Adil jika kita rajin kita akan berjaya pada suatu hari nanti.
" Suatu Hari Nanti Pastikan Bercahaya. Pintu akan terbuka kita langkah bersama" Debu jadi permata, Hina jadi mulia.. Bukan Khayalan yang aku berikan tapi keyakinan yang Nyata"