Thursday, December 23, 2010

Tanggal 23 Disember 2010 Sejarah Mengecat di Jabatan kami

Kenangan pemilihan warna biru sebulat suara memilih warna biru tema tembok dinding pejabat kami. Pemilihan warna tenang dan santai InsyaAllah.
tak pasti bila boleh siap sebab kul 2.30pm nie kami sambung kembali mengecat dinding pejabat. Harapan saya petang nie settle. Insya Allah. Berkat kerjasama semua kerja akan selesai. Amin

Monday, December 13, 2010

PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010





































PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010


Bergambar di kawasan beras terbakar

KUASA SIMBOL KEKAYAAN

APA YANG KITA LIHAT ITULAH YANG MENJADI KEPERCAYAAN KEPADA DIRI KITA.
  • Pemburu kejayaan perlu melihat perkara yang positif dalam bentuk visual dan audio

  • Lihat poster dan mutiara kata yang boleh menjadi booster kepada semangat dan seterusnya memacu kejayaan yang diimpikan.

  • Mahukan wang yang banyak: Letakaan beberapa ikat wang di rumah anda dan diletakaan di sebelah katil supaya boleh dilihat pada setiap hari.

  • Menukar citarasa, minat, kecenderungan ke arah yang lebih positif dan produktif, menukar imej dan berpenampilan bagaikan seorang jutawan malah bercakap hal yang besar-besar dan hebat dan membayangkan seolah-olah anda telah mencapainya.

  • Percaya atau tidak anada boleh mengamalkan latihan ini setiap hari. Bayangkan kereta idaman anda dan letakkan keyakinan yang tinggi bahawa anda pasti memilikinya. Apa yang akan berlaku nanti anda akan dapati bahawa kereta impian anda di jalanraya, ada didepan, belakang, ki dan kanandan itu membuktikan apabila kita mengingatkan sesuatu ia akan menarik perkara itu datang kepada kita. Inilah yang dikatakan " kuasa tarikan"dan apa yang anda hanya perlu lakukan adalah " MINTA-PERCAYA-TERIMA". Inilah amalan gaya pemikiran para jutawan, mereka mempunyai keinginan, citarasa dan iltizam dan azam yang tinggi bahawa tidak ada satu perkara pun yang mustahil di dalam dunia ini. Segalanya boleh diperolehi yang penting kita percaya.

  • PERCAYA NESCAYA SATU HARI NANTI KITA AKAN KAYA!


BAGAIMANA ORANG MENYUKAI KITA?

Terdapat 10cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anada terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi diri seseorang. Hafal dan sebutlah berulang kali.

2. Jadilah orang yang "disenangi" supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadilah diri anda seperti sepasang kasut lama atau songkok lama yang amat selesa dan mesti dibawa bersama-sama ke mana saja.

3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anada yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berikan pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

4. Jangan menjadi egoistik, Elakkan diri terlalu banyak memberikan pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.

5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda1

6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok yang mungkin anda tidak sedari. Rujuk kaunselor yang boleh memberikan panduan untuk mempapmerkan peribadi yang lebih baik dari masa ke semasa.

7. Tawarkan pertolongan dan bantuan kepada seseorang terlebih dahulu sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan kepada seseorang. Jadilah seseorang yang diperlukan, diharapkan dan amat berguna

8. Praktikkan sifat sukakan orang, dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai salah satu sifat semulajadi anda dan amalan anda! dalami ilmu kemahiran dan kemanusiaan anda.

9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalan seseorang. Kongsikan perasaan bersamanya.

10. Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan naluri yang mementingkan perhatian dari seseorang, Penghargaan, sanjungan dan penghormatanVIP, Keprihatinan dan kasih sayang. Penuhi kehendak dan keperluan ini dengan penuh keikhlasan, rasa bertanggungjawab, dan kerelaan. Insya Allah anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUSAI! SELAMAT MENCUBA RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA!