Monday, December 13, 2010

BAGAIMANA ORANG MENYUKAI KITA?

Terdapat 10cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anada terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi diri seseorang. Hafal dan sebutlah berulang kali.

2. Jadilah orang yang "disenangi" supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadilah diri anda seperti sepasang kasut lama atau songkok lama yang amat selesa dan mesti dibawa bersama-sama ke mana saja.

3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anada yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berikan pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

4. Jangan menjadi egoistik, Elakkan diri terlalu banyak memberikan pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.

5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda1

6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok yang mungkin anda tidak sedari. Rujuk kaunselor yang boleh memberikan panduan untuk mempapmerkan peribadi yang lebih baik dari masa ke semasa.

7. Tawarkan pertolongan dan bantuan kepada seseorang terlebih dahulu sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan kepada seseorang. Jadilah seseorang yang diperlukan, diharapkan dan amat berguna

8. Praktikkan sifat sukakan orang, dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai salah satu sifat semulajadi anda dan amalan anda! dalami ilmu kemahiran dan kemanusiaan anda.

9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalan seseorang. Kongsikan perasaan bersamanya.

10. Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan naluri yang mementingkan perhatian dari seseorang, Penghargaan, sanjungan dan penghormatanVIP, Keprihatinan dan kasih sayang. Penuhi kehendak dan keperluan ini dengan penuh keikhlasan, rasa bertanggungjawab, dan kerelaan. Insya Allah anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUSAI! SELAMAT MENCUBA RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA!

No comments:

Post a Comment