Friday, February 3, 2012

TERLALU PERCAYA PADA BOMOH...?

Cerita ini ku dengar pada malam semalam dari seorang rakan yang tinggal di Melaka. Pada suatu hari ada seorang kakak dia memaklumkan dia terkena busung dan perut dia semakin membuncit dari hari ke hari. Dia memang percaya dengan kata- kata bomoh bahawa di terkena buatan orang. Oleh sebab itu dia kena busung. Kakak ini selalu berjumpa bomoh untuk mengubati penyakit busung dengan meminum air jampi bomoh serta air pinang yang berkemungkinan memberikan kesan yang baik pada penyakit yang dialami kakak ini. Pada bulan ke 9 kakak ni menjerit-menjerit serta mengerang kesakitan yang teramat sangat. satu kampung tahu dia terkena buatan orang yang kononnya orang dengaki dengan dia. ramai yang datang dan meramaikan kawasan rumah namun yang menyedihkan tiada orang pun ada di dalam rumah membiarkan kakak ini menjerit dan menahan sakit seorang diri di dalam rumah.

Akhirnya keluar seorang anak hantu dari kakak ini. kakak ini mengakui yang anak itu adalah anak hantu. kesian baby itu tiada siapa yang datang untuk membuangkan lendir dan darah di wajah anak hantu ini. Mujur anak hantu tersebut di selamatkan oleh kawan saya tadi dan terus membuat panggilan ambulan. Malangnya oleh kerana semua orang gugup maka ambulan datang tanpa bidan yang mahir mengendalikan "anak hantu" ini. Orang kampung terpaksa menghubungi kali yang kedua ambulans agar dapat membawa bidan untuk meyelamatkan anak hantu ini. Nasib baik kawan saya ada sedikit kemahiran penyelamat Alhamdulillah anak hantu ini dapat diselamatkan dan masih hidup sehingga sekarang. Rupa-rupanya kepercayaan karut itu tidak berlaku dan sebenarnya kakak itu terkena buatan suami dia sendiri maka lepas 9 bulan 10 hari maka lahirnya baby yang sangat comel. Malangnya nasib baby ini kerana pada mulanya ibu dia pun memanggil dia ANAK HANTU... WALLAHUALAM..... cerita ini tiada kaitan samada yang hidup atau mati. semua ini adalah pedomankepada kita semua dan jangan terlalu taksub dan perlu percaya dengan Keagungan Tuhan lagi Maha Berkuasa.

No comments:

Post a Comment