Friday, February 3, 2012

TERLALU PERCAYA PADA BOMOH...?

Cerita ini ku dengar pada malam semalam dari seorang rakan yang tinggal di Melaka. Pada suatu hari ada seorang kakak dia memaklumkan dia terkena busung dan perut dia semakin membuncit dari hari ke hari. Dia memang percaya dengan kata- kata bomoh bahawa di terkena buatan orang. Oleh sebab itu dia kena busung. Kakak ini selalu berjumpa bomoh untuk mengubati penyakit busung dengan meminum air jampi bomoh serta air pinang yang berkemungkinan memberikan kesan yang baik pada penyakit yang dialami kakak ini. Pada bulan ke 9 kakak ni menjerit-menjerit serta mengerang kesakitan yang teramat sangat. satu kampung tahu dia terkena buatan orang yang kononnya orang dengaki dengan dia. ramai yang datang dan meramaikan kawasan rumah namun yang menyedihkan tiada orang pun ada di dalam rumah membiarkan kakak ini menjerit dan menahan sakit seorang diri di dalam rumah.

Akhirnya keluar seorang anak hantu dari kakak ini. kakak ini mengakui yang anak itu adalah anak hantu. kesian baby itu tiada siapa yang datang untuk membuangkan lendir dan darah di wajah anak hantu ini. Mujur anak hantu tersebut di selamatkan oleh kawan saya tadi dan terus membuat panggilan ambulan. Malangnya oleh kerana semua orang gugup maka ambulan datang tanpa bidan yang mahir mengendalikan "anak hantu" ini. Orang kampung terpaksa menghubungi kali yang kedua ambulans agar dapat membawa bidan untuk meyelamatkan anak hantu ini. Nasib baik kawan saya ada sedikit kemahiran penyelamat Alhamdulillah anak hantu ini dapat diselamatkan dan masih hidup sehingga sekarang. Rupa-rupanya kepercayaan karut itu tidak berlaku dan sebenarnya kakak itu terkena buatan suami dia sendiri maka lepas 9 bulan 10 hari maka lahirnya baby yang sangat comel. Malangnya nasib baby ini kerana pada mulanya ibu dia pun memanggil dia ANAK HANTU... WALLAHUALAM..... cerita ini tiada kaitan samada yang hidup atau mati. semua ini adalah pedomankepada kita semua dan jangan terlalu taksub dan perlu percaya dengan Keagungan Tuhan lagi Maha Berkuasa.

Monday, March 7, 2011

Program Sihat dengan E-life anjuran bersama JKKK Ayer Limau Masjid Tanah Melaka pada 5 dan 6 Mac 2011 serta 12& 13 Mac 2011

Satu Program Sihat dengan E-lifeyang telah berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2011 di Balairaya Kg Ayer Limau anjuran Puan Siti Noridah Binti Abd Aziz, Independent Distributor One Community World Wide Sdn. Bhd yang bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan dengan kerjasama JKKK Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka. Program ini akan dijalankan sekali lagi pada 12 dan 13 Mac 2011 pada minggu ini juga. Semoga kehadiran pengunjung adalah menggalakkan agar matlamat memperkenalkan produk baik ini akan tersebar dengan mudah. Semua warga Masjid Tanah dan Alor Gajah serta Melaka yang berkesempatan saya menyeru agar turut hadir dan tidak lepaskan peluang keemasan mendapat baucer rawatan bernilai RM100 secara percuma.

Monday, January 17, 2011

PERANAN IBUBAPA KE ATAS KECEMERLANGAN ANAK-ANAK

Kewajipan ibu bapa terhadap anak:
Diazankan pada waktu lahir
Menyempurnakan aqiqah pada hari ketujuh dan memberi nama yang baik
mengajarnya budi pekerti dan akhlak yang mulia serta bertabiat baik
Merotan mereka agar menjadi baik apabila berusia 10 tahun
Memberi kasih sayang dan tidak dibeza-bezakan

ANAK YANG TERDIDIK
1. Tidak mengambil ikut suka dan menghormati orang lain dan menanamkan sifat suka memberi
2. Tidak suka kemewahan, rosak fikiran, lalai dan tidak beribadat kepada Allah S.W.T
3. Tidak meludah di khalayak orang ramai
4. Tidak menguap
5. Tidak berpaling punggung kepada orang dan perlu meminta izin terlebih dahulu
6. Tidak cakap ikut suka hingga menyebabkan orang lain terasa hati.
7. Berkelakuan baik
8. Tidak sika menyumpah orang lain
9. Tidak suka menyampuk
10. Memberi laluan dan tempat orang yang lebih tua
11. Tidak suka mencerca orang lain
12. Tidak bercakap perkara yang lucah di hadapan orang ramai.

MENGENDALI KARENAH ANAK:
1. BAWAH 2 TAHUN
- Suka ganggu kerja ibu di dapur
-suka bermain di bilik air
-makan tidak ikut masa
- Suka mendapatkan sesuatu barang sehingga sepenuhnya memperolehi barangan tersebut
- tidak suka dengan orang yang tidak dikenali
-Suka bermain dengan sesuatu yang menarik perhatian
-Masih bermain walaupun telah larut malam

Cara Kendalikan:
Pujuk dengan lembut
-Alihkan perhatian dengan barang permainan
- persekitaran pastikan bersih dan terlepas dari bahaya
- Tetapkan waktu tidur
- Dengar permintaannya jika tidak dia akan rasa tidak dihargai
- Jika terlalu nakal perlu denda, tetapi selepas itu perlu jelaskan

2. UMUR 2 TAHUN HINGGA 4 TAHUN
Suka memberontak
- suka merajuk
- tidak boleh ditegur
- Setelah dapat adik inginkan perhatian
- Suka managis dan meragam

Cara kendalikan:

Ibu bapa perlu tegas tetapi dengan kasih sayang
ajar makan sendiri agar lebih bertanggungjawab
Bercakap dengan tatabahasa yang betul
Bila ada tetamu biarkan dia bersama tetapi ajarkan adab
Jika dia mengamuk, peluk dengan kemas dan cuba redakan kemarahannyacari punca dan carikan jalan penyelesaian secara proaktif

3.UMUR 4 HINGGA 6 TAHUN
-Tidak mengaku dengan kesalahan yang dilakukan
-suka melakukan perkara yang dilarang
- susah makan
- suka menyakat adik

Cara Kendalikan:
jangan tuduh dia, tetapi terangkan kesan dan akibat perbuatan itu kepada semua anak-anak dan dia akan lebih terbukaa
Terangkan sesuatu dengan kasih sayang keburukan perbuatan yang beliau lakukan.
Beri alternatif lain
Jangan singkir dia dari keluarga

UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN:
Sudah tahu bergaya
Suka baca komik
degil kerana anggap diri telah dewasa
Suka melawan
Suka bermain
suka ponteng
Sering minta duit

Cara kendalikan:
Bimbing ke arah kerohanian
Belikan buku kerja/Latihan (dilakukan bersama anak)
Jangan jatuhkan maruahnya di hadapan orang lain/ perbanyakkan perbincangan dari hati ke hati
Selalu tanyakan perkembangan akademiknya
Berikan wang saku seminggu sekali dan ajarkan cara mengatur perbelanjaan sendiri

JIKA SEORANG KANAK-KANAK SENTIASA......DIA AKAN MENJADI SESEORANG.......

1. DIKECAM...PENGACAU
2. DIMUSUHI... SUKA BERKELAHI
3. DIBERI MALU... SENTIASA RASA BERSALAH
4. DIBERI PELUANG... PENYABAR
5. MENERIMA GALAKAN... BERKEYAKINAN
6. DITABURI DENGAN PUJIAN ... MENGHARGAI
7. DILAYAN DENGAN SAKSAMA .., ADIL
8. MENDAPAT PERLINDUNGAN ....MEMPUNYAI KEPERCAYAAN PADA DIRI
9. DIBERI PENGIKTIRAFAN... MENYUKAI DIRI
10 DIDAMPINGI DAN DITERIMA... MENJADIKAN DUNIA INI TEMPAT YANG PALING SELESA, TENANG DAN BAHAGIA


TEKNIK BERKOMUNIKASI:

Jangan perkecil kebolehan anak
jangan sebut perkara negatif dalam rumah
Padam rekod lama yang terpahat dalam pemikiran
Dengar denga aktif dan teliti luahan hati anak baik dari isinya mahupun fahami perasaannya

Gunakan Teknik penyampaian yang berkesan
-Mesej biar khusus dan jelas
-katakan dengan serta merta
- Jangan buat penilaian awal
- Istiqamah
- Isi dan penyampaian selaras

Selesaikan masalah secara bersama
Banyakkan belaian positif

Nyatakan sesuatu perlu berhemah:
Beri alternatif terhadap tegahan
Boleh tapi...
Beri penjelasan mengapa tidak
faham dan terima perasaan anak
Terangkan risiko tegahan

Tunjukkan kasih sayang kepada anak

JAGA PERMAKANAN PADA ANAK:
Jauhkan
-Minuman bergas
- dalaman haiwan seperti hati, limpa dan lain-lain
-Otak haiwan
- Sisa semut
- Coklat/gula-gula
- Makanan ringan
-makanan masam
- makanan pedas
- Biji gajus


PENGUBAT PENYAKIT ROHANI:

1. DEGIL /NAKAL- sURAH AL IMRAN (ayat 200) Surah Al Shura (ayat 19)
2. SANGAT DEGIL : sURAH TAHA (AYAT 1-5)
3. PELUPA DAN SUKAR MENGHAFAL - Surah Annur (ayat 35), Sirah Al Insyirah,Surah Al Kausar dan surah Taha (ayat 25 hingga 28)

3. Ketagih rokok- surah al Maidah (ayat 90)

Thursday, December 23, 2010

Tanggal 23 Disember 2010 Sejarah Mengecat di Jabatan kami

Kenangan pemilihan warna biru sebulat suara memilih warna biru tema tembok dinding pejabat kami. Pemilihan warna tenang dan santai InsyaAllah.
tak pasti bila boleh siap sebab kul 2.30pm nie kami sambung kembali mengecat dinding pejabat. Harapan saya petang nie settle. Insya Allah. Berkat kerjasama semua kerja akan selesai. Amin

Monday, December 13, 2010

PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010





































PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010


Bergambar di kawasan beras terbakar

KUASA SIMBOL KEKAYAAN

APA YANG KITA LIHAT ITULAH YANG MENJADI KEPERCAYAAN KEPADA DIRI KITA.
  • Pemburu kejayaan perlu melihat perkara yang positif dalam bentuk visual dan audio

  • Lihat poster dan mutiara kata yang boleh menjadi booster kepada semangat dan seterusnya memacu kejayaan yang diimpikan.

  • Mahukan wang yang banyak: Letakaan beberapa ikat wang di rumah anda dan diletakaan di sebelah katil supaya boleh dilihat pada setiap hari.

  • Menukar citarasa, minat, kecenderungan ke arah yang lebih positif dan produktif, menukar imej dan berpenampilan bagaikan seorang jutawan malah bercakap hal yang besar-besar dan hebat dan membayangkan seolah-olah anda telah mencapainya.

  • Percaya atau tidak anada boleh mengamalkan latihan ini setiap hari. Bayangkan kereta idaman anda dan letakkan keyakinan yang tinggi bahawa anda pasti memilikinya. Apa yang akan berlaku nanti anda akan dapati bahawa kereta impian anda di jalanraya, ada didepan, belakang, ki dan kanandan itu membuktikan apabila kita mengingatkan sesuatu ia akan menarik perkara itu datang kepada kita. Inilah yang dikatakan " kuasa tarikan"dan apa yang anda hanya perlu lakukan adalah " MINTA-PERCAYA-TERIMA". Inilah amalan gaya pemikiran para jutawan, mereka mempunyai keinginan, citarasa dan iltizam dan azam yang tinggi bahawa tidak ada satu perkara pun yang mustahil di dalam dunia ini. Segalanya boleh diperolehi yang penting kita percaya.

  • PERCAYA NESCAYA SATU HARI NANTI KITA AKAN KAYA!