Tuesday, September 29, 2009


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sudi membaca dan melayari laman blog ini. Saya menawarkan khidmat peluang perniagaan kepada kawan-kawan di luar sana yang lama mencari pendapatan tambahan tetapi tidak pasti bentuk kerja sampingan yang bagaimana? Selain itu saya suka berkongsi ilmu yang saya dapat kepada sahabat-sahabat di luar sana.

Kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi. Sila dapatkan latihan tutorial dari laman blog saya ini.Semuanya sekarang dihujung jari. :-)

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat yang telah singgah ke laman blog saya ini. Jemput layari lagi di masa-masa yang lain.





Monday, September 28, 2009

Mendahului masa depan secara terus menerus seperti berada dalam perjalanan yang jauh. di sepanjang jalan adalah cita-cita yang anda ingin penuhi iaitu keinginan yang hendak dipuaskan.

untuk memenuhi cita-cita dan keinginan ke arah kejayaan . ia harus dilakukan dengan mempunya wang yang banyak. gunakan prinsip-prinsip kewangan yang jelas sekali yang ada dalam blog ini.Biarka ia memandu anda daripada masalah kekurangan wang ke arah kehidupan yang menggembirakan, yang dimungkinkan dengan memiliki wang yang banyak

Seperti undang-undang graviti, ia adalah universal dan tidak berubah. ramai yang telah merasai kenikmatannya dan begitu juga dengan kita, kunci yang pasti menambahkan wang anda, baki wang simpanan yang banyak di dalam bank dan memenuhi perkembangan kewangan anda.

( Untuk renungan diri saya dan anda )

Dipetik dari BUKU MANUSIA YANG TERKAYA DI BABYLON( THE RICHEST MAN IN BABYLON) oleh George S. Clason

7 CARA UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG

  1. Mulakan dengan mengumpul kekayaan
  2. Kawal perbelanjaan
  3. Gandakan wang anda itu
  4. Kawal hartamu dari kehilangan
  5. Cari tempat yang dapat memberi pelaburan yang lumayan
  6. Jaminan di masa hadapan
  7. tingkatkan keupayaan untuk menabung

LIMA UNDANG-UNDANG EMAS

  1. Emas akan datang dengan bangganya dan akan bertambah dengan kuantiti yang banyak kepada sesiapa yang akan menyimpan dengan tidak kurang 1/10 dari pendapatnya untuk membentuk satu estet untuk masa depannya
  2. Emas akan bekerja untuk kita dengan tekun dan memuaskan kepada pemiliknya yang bijak mencari pekerjaan yang menguntungkan dan akan bertambah seperti banyaknya ternakan di atas padang
  3. Emas akan berpaut dengan pengawalan yang berhati-hati oleh pemiliknya yang melaburkannyan di bawah nasihat orang yang bijak dalam mengendalikannya
  4. emas akan hilang daripada seseorang itu jika dia melaburkannya ke dalam perniagaan yang dia tidak mahir atau yang tidak disahkan oleh orang yang berpengalamandalam perniagaan
  5. Emas akan hilang daripada seseorang yang memaksanya untuk berbelanja dengan tidak berhati-hati atau mereka yang yang terlalu mengikut nasihat orang yang mahu menipunya atau mereka yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada orang yang tidak berpengalaman dan mempunyai kehendak yang kuat untuk melabur