Thursday, December 23, 2010

Tanggal 23 Disember 2010 Sejarah Mengecat di Jabatan kami

Kenangan pemilihan warna biru sebulat suara memilih warna biru tema tembok dinding pejabat kami. Pemilihan warna tenang dan santai InsyaAllah.
tak pasti bila boleh siap sebab kul 2.30pm nie kami sambung kembali mengecat dinding pejabat. Harapan saya petang nie settle. Insya Allah. Berkat kerjasama semua kerja akan selesai. Amin

Monday, December 13, 2010

PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010





































PERCUTIAN DI LANGKAWI 4 HINGGA 6 DISEMBER 2010


Bergambar di kawasan beras terbakar

KUASA SIMBOL KEKAYAAN

APA YANG KITA LIHAT ITULAH YANG MENJADI KEPERCAYAAN KEPADA DIRI KITA.
  • Pemburu kejayaan perlu melihat perkara yang positif dalam bentuk visual dan audio

  • Lihat poster dan mutiara kata yang boleh menjadi booster kepada semangat dan seterusnya memacu kejayaan yang diimpikan.

  • Mahukan wang yang banyak: Letakaan beberapa ikat wang di rumah anda dan diletakaan di sebelah katil supaya boleh dilihat pada setiap hari.

  • Menukar citarasa, minat, kecenderungan ke arah yang lebih positif dan produktif, menukar imej dan berpenampilan bagaikan seorang jutawan malah bercakap hal yang besar-besar dan hebat dan membayangkan seolah-olah anda telah mencapainya.

  • Percaya atau tidak anada boleh mengamalkan latihan ini setiap hari. Bayangkan kereta idaman anda dan letakkan keyakinan yang tinggi bahawa anda pasti memilikinya. Apa yang akan berlaku nanti anda akan dapati bahawa kereta impian anda di jalanraya, ada didepan, belakang, ki dan kanandan itu membuktikan apabila kita mengingatkan sesuatu ia akan menarik perkara itu datang kepada kita. Inilah yang dikatakan " kuasa tarikan"dan apa yang anda hanya perlu lakukan adalah " MINTA-PERCAYA-TERIMA". Inilah amalan gaya pemikiran para jutawan, mereka mempunyai keinginan, citarasa dan iltizam dan azam yang tinggi bahawa tidak ada satu perkara pun yang mustahil di dalam dunia ini. Segalanya boleh diperolehi yang penting kita percaya.

  • PERCAYA NESCAYA SATU HARI NANTI KITA AKAN KAYA!


BAGAIMANA ORANG MENYUKAI KITA?

Terdapat 10cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anada terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi diri seseorang. Hafal dan sebutlah berulang kali.

2. Jadilah orang yang "disenangi" supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadilah diri anda seperti sepasang kasut lama atau songkok lama yang amat selesa dan mesti dibawa bersama-sama ke mana saja.

3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anada yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berikan pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

4. Jangan menjadi egoistik, Elakkan diri terlalu banyak memberikan pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.

5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda1

6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok yang mungkin anda tidak sedari. Rujuk kaunselor yang boleh memberikan panduan untuk mempapmerkan peribadi yang lebih baik dari masa ke semasa.

7. Tawarkan pertolongan dan bantuan kepada seseorang terlebih dahulu sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan kepada seseorang. Jadilah seseorang yang diperlukan, diharapkan dan amat berguna

8. Praktikkan sifat sukakan orang, dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai salah satu sifat semulajadi anda dan amalan anda! dalami ilmu kemahiran dan kemanusiaan anda.

9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalan seseorang. Kongsikan perasaan bersamanya.

10. Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan naluri yang mementingkan perhatian dari seseorang, Penghargaan, sanjungan dan penghormatanVIP, Keprihatinan dan kasih sayang. Penuhi kehendak dan keperluan ini dengan penuh keikhlasan, rasa bertanggungjawab, dan kerelaan. Insya Allah anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUSAI! SELAMAT MENCUBA RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA!

Tuesday, November 16, 2010

21 Tips untuk kekal Positif

1. bergaul dengan mereka yang positif, Like attract Likes. Aura positif mereka menyebar dan anda berasa kesannya.

2.Kurangkan membaca suratkhabar atau menonton berita di TV kerana kebanyakan yang dilaporkan berbentuk yang negatif dan meningkatkan perasaan negatif

3. bangun tidur awal- Pagi lebih segar, suasana lebih sunyi, tumpuan lebih baik dan lebih banyak urusan dapat disiapkan.
4. Bersenam dan menggunakan mesin elife setiap hari menjadikan badan sihat dan minda cerdas dan emosi yang lebih stabil
5. Afirmasi di hadapan cermin-lakukan setiap hari ketika bersiap-siap selepas mandi
6. ucapkan salam dan selamat kepada seramai orang yang boleh
7. Senyum selalu
8. tarik nafas dalam-dalam kerana ia dapat membantu membekalkan oksigen ke otak
9. Dengar program audio(CD atau kaset) yang positif atau baca buku atau ungkapan yang positif
10. Terima kenyataan bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
11. Akui tidaka siapa yang sempurna.
12. Minum segelas air
13. Mandi atau mengambil air sembahyang
14. Tidur sebentar untuk 10 atau ke 20 minit-Rehatkan minda, kadangkala kita perlu memperlahankan gerak dan ia membantu tugas yang kita laksanakan selepas itu lebih efektif dan lebih berkualiti.
15. Ketawa dengan menonton filem komedi atau membaca bahan-bahan komedi.
16.Maafkan semua orang yang biasanya dilakuakan sebelum tidur.
17. Jika anda berasa negatif cuba tanyakan pada diri sendir satu soalan ini" Adakah ia memberikan kebaikan?"
18. Berjalan-jalan di taman, dampingi alam semulajadi.
19. Cipta sesuatu seperti melukis, membuat kek, menulis buku atau mengubah lagu.
20. tawarkan diri sebagai sukarelawan.
21. Baca matlamat yang anda tulis setiap hari agar anda sentiasa mengingati matlamat anda.

Tuesday, July 27, 2010

PEMIMPIN

Di antara tugas seorang pemimpin adalah mengubah sikap dan tingkahlaku orang-orang bawahannya. Terdapat beberapa cadangan untuk melalkukannya:

Prinsip 1: Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas

Prinsip 2: Dengan memberikan perhatian dengan secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang

Prinsip 3:Utarakan kesalahan anda sendiri dahulu sebelum mengkritik orang lain

Prinsip 4: Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberikan perintah secara langsung

Prinsip 5: Menyelamatkan maruah dan diri orang lain

Prinsip 6: Berikan pujian terhadap sedikit kemajuan dan setiap kemajuan.Ikhlaslah dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memeberikan pujian.

Prinsip 7 : Berikan seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya.

Prinsip 8: Berikan galakan. jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah diperbaiki.

Prinsip 9: Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

Friday, July 23, 2010

KAWAN

BAGAIMANA MEYAKINKAN SESEORANG MENGIKUT KEMAHUAN ANDA

Prinsip 1:
Satu-satunya cara untuk mendapatkan yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan mengelakkannya

Prinsip 2:
Hargailah pendapat orang lain, Jangan sesekali-kali berkata," Anda Silap"

Prinsip 3:
Jika anda bermasalah akuilah dengan segera dan ikhlas

Prinsip 4:
Mulailah dengan cara yang mesra

Prinsip 5:
Ajaklah orang lain agar segera berkata " Ya", " Ya" sekarang juga

Prinsip 6:
Biarkanlah orang lain banyak bercakap

Prinsip 7:
Biarkan seseorang itu berasa bahawa idea itu adalah ideanya

Prinsip 8:
Cubalah berlaku ikhlas dalam melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain

Prinsip 9:
Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain

Prinsip 10:
Pilihlah pendekatan yang paling mulia

Prinsip 11:
Huraikan idea anda itu secara lakonan

Prinsip 12:
Berikan cabaran pada seseorang

Wednesday, April 7, 2010

Intensif Mentor Kekayaan & kejayaan( Dr Azizan Osman)





  • Siapakah Dia Wanita Ini?

Usahawan Cemerlang

AMALAN MURAH REZEKI
1. Bangun awal dan mulakan perniagaan pada awal pagi (6.30 Pagi)
2. Sentiasa beristigfar
3. Banyakkan solat Dhuha, Tahajjud, hajat dan taubat dan lain-lain
4. Memelihara hubungan baik sesama manusia
5. Sentiasa bersyukur
6. Membantu orang susah
7. Memberi makan binatang dan tidak menganiaya
8. Membayar zakat
9. Membaca Ayat Al Quran Contoh Al Waqiah
10. Banyak menyebut nama tuhan : Ya Razzak
11. Sentiasa bersedekah
12. Membaca surah Al Ikhlas ketika masuk ke rumah
13. Sentiasa berdoa
a) Adab-adab berdoa:

  • Memilih waktu yang afdal ketika solat lima waktu, ketika sujud, waktu antara azan dan iqamat, bulan ramadhan, hari jumaat, sepertiga malam, hari Arafah dan lain-la
  • Menghadap kiblat
  • Berdoa dalam keadaan berwuduk
  • Melemahkan suara (antara nyaring dan sembunyi)
  • Bersungguh-sungguh dan berulang-ulang
  • Berdoa dengan merendahkan diri dan khusyuk
  • Memulakan doa dengan memuji tuhan dan bersolawat
  • Menangislah kerana tangisan menunjukkan kesungguhan
  • Mengelakkan makanan, pakaian dan harta yang haram. Berdoa dan memiliki harta yang haram, tiada manafaat kerana doa akan ditolak
  • Menghayati doa dan memahami doa dengan sebaiknya

Usahawan perlu mempraktikkan amalan-amalan tersebut dengan ikhlas dan mengharapkan kurniaan tuhan . Setiap amalan perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan perancangan yang berkesan.

Thursday, April 1, 2010

Bermula dari Zero.....


Tingkatkan motivasi diri, Kekal berdoa supaya dari takut jadi berani, dari susah mempercayai menjadi sangat percaya pada qada' dan qadar Allah. Adalah lebih baik buat sesuatu perkara secara perlahan dan istiqamah berbanding langsung tidak berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan untuk menggapai sesuatu kejayaan.
AlLah Maha Adil jika kita rajin kita akan berjaya pada suatu hari nanti.
" Suatu Hari Nanti Pastikan Bercahaya. Pintu akan terbuka kita langkah bersama" Debu jadi permata, Hina jadi mulia.. Bukan Khayalan yang aku berikan tapi keyakinan yang Nyata"

Tuesday, March 30, 2010

RESQ: Personaliti Flower

Bunga sering dikaitkan dengan keindahan, ceriakan suasana serta mempunyai daya penarik untuk dihampiri
Emosi dalaman dan perasaan mempengaruhi tindakan dan tingkahlakunya serta hubungan dengan orang lain

Emosi positif:
  1. penampilan yang ceria
  2. Gembira
  3. mudah di dampingi
  4. terhibur dengan layanan yang diberikan

PERSONALITI
  1. Penyayang-menyayangi dengan sepenuh hati
  2. Ketersediaan membantu orang lain dan bersedia bekorban
  3. Bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain
  4. Susah untuk katakan" TIDAK"
  5. Sifat periang dan terbuka
  6. Peramah dan suka bercakap
  7. Bila keseorangan fikiran mereka buntu
  8. Memiliki daya kreativiti, berimiginasi dan ingatan jakamasa pendek
  9. Sering menggunakan otak kanan
  10. boleh belajar secara kreatif, berulang-ulang dan berkumpulan dan terlibat secara langsung dalam proses belajar
  11. Kaya dengan senyuman dan ramah
  12. Ringan tulang
  13. boleh melayan orang lain
  14. Kehadiran mereka membahagiakan orang lain
  15. Alhamdulillah ini semua anugerah Allah pada insan Flower

Apakah yang sebenarnya yang perlu dimasukkan oleh fikiran

  • Gambaran
  • Suara( dalam bentuk kata-kata sendiri)
  • Emosi (Perasaan)

Friday, March 26, 2010

Hikmah disebalik apa saja yang berlaku.

Sabar menempuhi apa saja halangan dan dugaan. Banyak perkara perlu dipelajari dalam hidup ini. WALLAHU ALAM...

Thursday, March 25, 2010

Sokongan padu keluarga dan sahabat perniagaanku






emak, kak zura dan anak-anakku hidayah ngan syafiqah banyak bagi sokongan untuk terus tekun berusaha mencapai impian yang aku impikan selam ini.

Tuesday, March 23, 2010

Berkat Doa suami yang tercinta





Takdir Allah Mengatasi Segala-galanya...



Diary

" Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah(zakat) supaya membersihkan diri dan harta mereka"

Suah At-Taubah: 103

Wednesday, February 3, 2010

Menghapuskan kerisauan, keluh kesah dan bimbang itu maka hendaklah:

  1. Jangan sesekali-kali berhenti dari memikirkan dan mempercayai bahawa nikmat Allah SWT terlalu banyak di sekeliling anda dan sebahagian nikmat Allah itu perlu ditukarkan kepada wang.
  2. Percaya dan terus percaya bahawa rezeki dan wang ada disekeliling anda manakala lebih dari yang anda perlukan
  3. Percaya dan terus percaya rezeki anda tetap ada, jika anda mengusahakan pemberian dan kemudahan yang disediakan oleh Allah di sekeliling anda
  4. Berhentikan dari menumpukan perhatian kepada pintu yang tertutup.Nasihat memang ada banyak pintu yang masih terbuka luas
  5. Percaya dan terus percaya bahawa keluh kesah, risau dan bimbang tidak akan membawa ke mana-mana selain akan merudumkan lagi pencapaian anda
  6. Yakinkan diri bahawa esok adalah lebih baik dari hari ini.Percaya jalan mendapatkan wang memang tersedia jika menumpukan fikiran anda sepenuhnya untuk mendapatkan JALAN tersebut.Tentu ada cara yang lebih baik. Cari tanpa putus asa.

Tuesday, February 2, 2010

NUKILAN DARI BUKU DUNIA INI PENUH WANG!

"Siang berniaga dengan Manusia dan Malam berniaga dengan Allah SWT"

Thursday, January 21, 2010

Goal

To attain success, your vision statement should be in writing without any judgements or negative self talk

TO HELP YOU ACHIVE YOUR GOAL, TRY THE FOLLOWING SEVEN STEPS:
  1. Review you goals daily, start each day by reading your goals out loud
  2. Be flexible and ask yourself if you find that a goal is inappropriate for any reason to consider revisiting it
  3. Place reminders of your goals in conspicious place. write each goal on a card and place these card on your mirror, your desk and other conspicious places.
  4. Use autosuggestions (positive self talk)
  5. During quiet times and meditation,visualise yourself accomplishing your goals. Capture the feelings, that will accompany the successful realisations of your goals
  6. Refuse to allow the negative influences to dampen your burning desire to achive your goals
  7. Establish a Master Mind Alliances that provide you encouragement and to who you can become accountable.
  8. Put time limits on each objective to keep yourself focused and motivated.

GOALS SHOULD BE CATEGORISED INTO SHORT, MEDIUM AND LONG TERM. They should be reviewed periodically to overcome both internal factors that may impede progress as well as be used to measure performance toward achivieving the desired results.


"CONCENTRATION IS THE FOCUSING OF THE ATTENTION INTEREST AND DESIRE UPON ATTAINMENT OF A DEFINITE END" DR. Napoleon Hill

Wednesday, January 20, 2010

Goal Statement

Goal Statement should be specific, measurable, chalenging, positive and honest
The SMART concept plays an invalueable role for every entrepreneur which is :

S = specific(explicit and precise)
M=measurable (Define result and outcome)
A = Achievable ( a little more than what our current abilities)
R =( Reflect and demonstarte your core values in life)
T = Thruthful ( Test your Goal for personal integrity)

The Science of success

Smart Goal Setting is crucial for sucess in business
" When you know what you want, that is the time to stop talking and begin acting."-Dr Napoleon Hill

THERE ARE 10 BASIC MOTIVES THAT AFFECT SUCCESS:
  • viz-a-viz
  • Self preservation
  • love
  • Fear
  • Sex
  • Death
  • freedom of body and mind
  • revenge hate
  • Self -expression

Goal setting offers numerous nonexhaustive list of benefits:

  • covering the power change every circumstance,
  • Provide leadership capability
  • reduce the fear of failure and criticism
  • keep you focused on the essential and important
  • Provide the motavation to overcome past negative experiences
  • cause consentrated effort toward success
  • Enable easier decision making
  • Bring an end to procrastination
  • provide a deep sense of personal confidence
  • produce a new passion and enthusiasm
  • Increase creativity and enhance self esteem among many others

Wednesday, January 6, 2010

HIKMAT BERZAKAT

  1. Mewujudkan sifat kesucian rohani dengan mengeluarkan zakat serta mendidik jiwa dengan sifat rahim dan penyayang di sanubari mereka
  2. Menghindarkan unsur negatif seperti sifat iri hati, dendam, hasad dengki di antara golongan miskin terhadap golongan kaya
  3. Melatih diri dari sifat kikir, bakhil dan bekorban harta mereka ke arah kebaikan
  4. Bekalan di akhirat sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah, iaitu ganjaran 700 kali ganda pahalanya kepada orang yang mengeluarkan sebahagian dari hartanya untuk berzakat

"Ambillah sedekah (zakat) daripada sebahagian harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka daripada perasaan sombong dan doalah untuk mereka sesungguhnya doa hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha mendengar dan Maha Mengetahui"... Surah At-taubah:103

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat kepada kamu)"

surah Ibrahim:7)