Tuesday, November 16, 2010

21 Tips untuk kekal Positif

1. bergaul dengan mereka yang positif, Like attract Likes. Aura positif mereka menyebar dan anda berasa kesannya.

2.Kurangkan membaca suratkhabar atau menonton berita di TV kerana kebanyakan yang dilaporkan berbentuk yang negatif dan meningkatkan perasaan negatif

3. bangun tidur awal- Pagi lebih segar, suasana lebih sunyi, tumpuan lebih baik dan lebih banyak urusan dapat disiapkan.
4. Bersenam dan menggunakan mesin elife setiap hari menjadikan badan sihat dan minda cerdas dan emosi yang lebih stabil
5. Afirmasi di hadapan cermin-lakukan setiap hari ketika bersiap-siap selepas mandi
6. ucapkan salam dan selamat kepada seramai orang yang boleh
7. Senyum selalu
8. tarik nafas dalam-dalam kerana ia dapat membantu membekalkan oksigen ke otak
9. Dengar program audio(CD atau kaset) yang positif atau baca buku atau ungkapan yang positif
10. Terima kenyataan bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
11. Akui tidaka siapa yang sempurna.
12. Minum segelas air
13. Mandi atau mengambil air sembahyang
14. Tidur sebentar untuk 10 atau ke 20 minit-Rehatkan minda, kadangkala kita perlu memperlahankan gerak dan ia membantu tugas yang kita laksanakan selepas itu lebih efektif dan lebih berkualiti.
15. Ketawa dengan menonton filem komedi atau membaca bahan-bahan komedi.
16.Maafkan semua orang yang biasanya dilakuakan sebelum tidur.
17. Jika anda berasa negatif cuba tanyakan pada diri sendir satu soalan ini" Adakah ia memberikan kebaikan?"
18. Berjalan-jalan di taman, dampingi alam semulajadi.
19. Cipta sesuatu seperti melukis, membuat kek, menulis buku atau mengubah lagu.
20. tawarkan diri sebagai sukarelawan.
21. Baca matlamat yang anda tulis setiap hari agar anda sentiasa mengingati matlamat anda.