Thursday, October 15, 2009

ANDA MAHU KELIHATAN ANGGUN?

Satu bengkel Wanita Anggun 2010 akan di adakan seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 23 Januari 2009 ( Sabtu)
Masa pendaftaran : 8.00pagi
Tempat : Kolej RISDA Melaka
Pakaian : Kasual ( Merah dan Hitam)

Jika berminat sila hubungi Puan Siti Noridah (013-3931178) atau Cik Elidawati Binti Bahari( 012-2925890)

Tuesday, September 29, 2009


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sudi membaca dan melayari laman blog ini. Saya menawarkan khidmat peluang perniagaan kepada kawan-kawan di luar sana yang lama mencari pendapatan tambahan tetapi tidak pasti bentuk kerja sampingan yang bagaimana? Selain itu saya suka berkongsi ilmu yang saya dapat kepada sahabat-sahabat di luar sana.

Kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi. Sila dapatkan latihan tutorial dari laman blog saya ini.Semuanya sekarang dihujung jari. :-)

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat yang telah singgah ke laman blog saya ini. Jemput layari lagi di masa-masa yang lain.





Monday, September 28, 2009

Mendahului masa depan secara terus menerus seperti berada dalam perjalanan yang jauh. di sepanjang jalan adalah cita-cita yang anda ingin penuhi iaitu keinginan yang hendak dipuaskan.

untuk memenuhi cita-cita dan keinginan ke arah kejayaan . ia harus dilakukan dengan mempunya wang yang banyak. gunakan prinsip-prinsip kewangan yang jelas sekali yang ada dalam blog ini.Biarka ia memandu anda daripada masalah kekurangan wang ke arah kehidupan yang menggembirakan, yang dimungkinkan dengan memiliki wang yang banyak

Seperti undang-undang graviti, ia adalah universal dan tidak berubah. ramai yang telah merasai kenikmatannya dan begitu juga dengan kita, kunci yang pasti menambahkan wang anda, baki wang simpanan yang banyak di dalam bank dan memenuhi perkembangan kewangan anda.

( Untuk renungan diri saya dan anda )

Dipetik dari BUKU MANUSIA YANG TERKAYA DI BABYLON( THE RICHEST MAN IN BABYLON) oleh George S. Clason

7 CARA UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG

  1. Mulakan dengan mengumpul kekayaan
  2. Kawal perbelanjaan
  3. Gandakan wang anda itu
  4. Kawal hartamu dari kehilangan
  5. Cari tempat yang dapat memberi pelaburan yang lumayan
  6. Jaminan di masa hadapan
  7. tingkatkan keupayaan untuk menabung

LIMA UNDANG-UNDANG EMAS

  1. Emas akan datang dengan bangganya dan akan bertambah dengan kuantiti yang banyak kepada sesiapa yang akan menyimpan dengan tidak kurang 1/10 dari pendapatnya untuk membentuk satu estet untuk masa depannya
  2. Emas akan bekerja untuk kita dengan tekun dan memuaskan kepada pemiliknya yang bijak mencari pekerjaan yang menguntungkan dan akan bertambah seperti banyaknya ternakan di atas padang
  3. Emas akan berpaut dengan pengawalan yang berhati-hati oleh pemiliknya yang melaburkannyan di bawah nasihat orang yang bijak dalam mengendalikannya
  4. emas akan hilang daripada seseorang itu jika dia melaburkannya ke dalam perniagaan yang dia tidak mahir atau yang tidak disahkan oleh orang yang berpengalamandalam perniagaan
  5. Emas akan hilang daripada seseorang yang memaksanya untuk berbelanja dengan tidak berhati-hati atau mereka yang yang terlalu mengikut nasihat orang yang mahu menipunya atau mereka yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada orang yang tidak berpengalaman dan mempunyai kehendak yang kuat untuk melabur

Wednesday, August 19, 2009

6 Kunci kejayaan dalam perniagaan

  1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang
  2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan
  • simpan 1/10 untuk dilupakan
  • simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
  • Simpan 1/10 untuk agama seperti bayar zakat dan sumbangan kemasyarakatan
  • Gunakan 2/10 untuk keluarga
  • Gunakan 1/10 untuk diri sendiri
  • Berikan 1/10 kepada orang tua kita
  • Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
  • Laburkan 1/10 untuk perniagaan sedia ada

3.Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan

4.Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
  • Bayar zakat
  • Gembirakan orang tua
  • Menolong kaum kerabat
  • Bersedekah
  • Infaq
  • Amal Jariah
5.Jangan berhutang dan jangan memberi hutang
6.Berdoa, Bertaqwa dan bertawakal kepada Allah

Sunday, August 2, 2009

Hasil bacaan Membina Imiginasi Cemerlang

  1. Tujuan perbaikan akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari otoran-kotoran hawa nafsu dan amarah hingga ia jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya dari TUHAN
  2. The only educated man is the one who has learned how to learn
  3. Tenaga untuk belajar terpancar melelui ketenangan. Sebelum belajar, letakkan minda dalam wadah bersedia dan mood yang positif
  4. Barangsiapa yang menanam budi nescaya dia memetik kecintaan dan barangsiapa menanam kesombongan nescaya dia memetik kemurkaan
  5. bagaimana jika saya masih gagal? Gagal adalah satu lagi bentuk kejayaan kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran
  6. Menurut Al-khindi di dalam jiwa manusia terdapat 3 daya:-
  • Daya bernafsu tempatnya di perut
  • Daya Berani tempatnya di dada
  • Daya Berfikir tempatnya di kepala
7. Ada 2 nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu dan melupakannya iaitu waktu
sihat dan sewaktu lapang

8. Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih lazat hasilnya daripada
sesuatu hasil yang diperolehi dengan mudah.

Bina Imiginasi Cemerlang

  1. Kejayaan bukannya hasil daripada keupayaan membuat duit, tetapi membuat duit adalah keputusan daripada satu kejayaan
  2. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi bukit, tetapi tidak semua benih yang baik boleh tumbuh dan tidak semua benih yang buruk terus tidak tumbuh
  3. berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita akan menyenangi
  4. Untuk cemerlang memang banyak halangan tetapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya.
  5. Kita mempunyai, 86,400saat dalam 24 jam sehari. Bagaimana anda melaburkannya menentukan siapa anda dalam tempoh-tempoh tertentu
  6. Subcm anda sebenarnya memberikan anda 2%ilham (Inspiration) da 98% lagi adalah perpeluhan/kekuatan tenaga (Perspiration) yang perlu anda gemblengkan untuk menjadikan ia sesuatu realiti
  7. Otak adalah permata anugerah ILAHI yang paling berharga walaupun ia hanyalah 2%daripada berat badan.
  8. Glukosa membangkitkan 20/25watts eletrik yang membolehkan otak berfungsi. Otak menggunakan 2/3 daripada keseluruhan glukos dalam badan-Roger B Yepsen dalam How to BOOST Your BrainsPower
  9. Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.
  10. Otak Kanan:
  • Sintesis
  • Analogi
  • Ruang
  • Intuitif
  • Holistik
  • Bentuk/Corak/Pola/Lukisan/Rentak/Muzik/Rentak?Muzik/Imej/Visual/Gambar
  • Imiginasi
  • Kreatif
  • Global
  • Interaktif
  • Gerakan
  • Tarian
  • Melihat perhubungan dan keseluruhan
  • Amalan
  • Serentak
  • Visi
  • Perkongsian/Kerohanian
  • Bunyi semulajadi
  • Emosi (Perasaan)
  • Konkrit
12. Otak KIRI (Numerical)
  • Bahasa/Lisan
  • Terancang dan berstruktur
  • bukan gerakan
  • Pengiraan
  • Penulisan
  • Melihat bahagian-bahagian
  • Teori
  • Mengawal perasaan
  • Analisis
  • Simbollik
  • Abstrak
  • Sekuens
  • Rasional
  • Digital
  • Logik
  • Fakta
  • terperinci
  • Perancangan
  • Prosedur
  • Ulangan
  • Pengelolaan
  • Lelurus
13. Ada 4 gelombang minda:
  • BETA-Waspada (13-30hz)
  • Alpha-Merenung (8-12hz)
  • Theta-Mengantuk (4-7hz)
  • Delta - Tidur (0.5-3.5hz)