Monday, September 28, 2009

Dipetik dari BUKU MANUSIA YANG TERKAYA DI BABYLON( THE RICHEST MAN IN BABYLON) oleh George S. Clason

7 CARA UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG

  1. Mulakan dengan mengumpul kekayaan
  2. Kawal perbelanjaan
  3. Gandakan wang anda itu
  4. Kawal hartamu dari kehilangan
  5. Cari tempat yang dapat memberi pelaburan yang lumayan
  6. Jaminan di masa hadapan
  7. tingkatkan keupayaan untuk menabung

LIMA UNDANG-UNDANG EMAS

  1. Emas akan datang dengan bangganya dan akan bertambah dengan kuantiti yang banyak kepada sesiapa yang akan menyimpan dengan tidak kurang 1/10 dari pendapatnya untuk membentuk satu estet untuk masa depannya
  2. Emas akan bekerja untuk kita dengan tekun dan memuaskan kepada pemiliknya yang bijak mencari pekerjaan yang menguntungkan dan akan bertambah seperti banyaknya ternakan di atas padang
  3. Emas akan berpaut dengan pengawalan yang berhati-hati oleh pemiliknya yang melaburkannyan di bawah nasihat orang yang bijak dalam mengendalikannya
  4. emas akan hilang daripada seseorang itu jika dia melaburkannya ke dalam perniagaan yang dia tidak mahir atau yang tidak disahkan oleh orang yang berpengalamandalam perniagaan
  5. Emas akan hilang daripada seseorang yang memaksanya untuk berbelanja dengan tidak berhati-hati atau mereka yang yang terlalu mengikut nasihat orang yang mahu menipunya atau mereka yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada orang yang tidak berpengalaman dan mempunyai kehendak yang kuat untuk melabur

No comments:

Post a Comment