Tuesday, June 23, 2009

Jangan Tidak-Tidak

Antara mutiara kata yang boleh dijadikan pedoman:
  1. Ada orang berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tetapi ada juga orang berjalan jauh kerana mengalami kesesatan
  2. Orang jahat yang suka berterus terang itu 1000 kali lebih baik daripada orang baik yang suka berahsia-rahsia
  3. Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini rupanya mutiara pada hari esok, Sesuatu yang kita sangkakan mutiara pada hari ini, rupanya naga pada hari esok. Naga atau mutiara kitalah yang menentukan.
  4. Senang takkan dapat tanpa susah, tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah
  5. Kalau anda ingin berubah, berubahlah sekarang, jangan tunggu esok harisebab anda tidak akan tahu apakah mentari masih mencerlah di mata anda esok pagi?
  6. Teruskan perjuangan bagi mereka sedang berjuang untuk mencapai impian yang belum tercapai
  7. Orang yang tak tahu buat tapi ingin nak buat memang ramai, tapi ramai lagi orang yang tahu buat tapi sentiasa tak mahu buat

No comments:

Post a Comment